Jump to content

Bro Rizal dah selamatkan saya....


Recommended Posts

Pada tahun 1995, aku memulakan kerjaya pertama yang rasmi sebagai budak kilang.. selepas abis ambik sijil kemahiran Mara.. Tapi bidang lain..bukan IT..
Kat rumah bujang memang tak de komputer...susah beb masa tu..lagi satu aku pun tak pernah pegang komputer sejak zaman sekolah..

Masa tahun tu..tumbuh macam cendawan Cybercafe sana sini...berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan internet dial up.. hahaha.. masa tu x wujud pun streamyx dan Unifi ni.
Kalau dah masuk cybercafe...15 min - 30 min pertama tu adalah fasa kesabaran...sebab kadang-kadang asyik terputus...dial up ni ..seksa kalau nak buat sambungan..siap leh dengar
cuping telinga bunyi dial up tu  dari kat kaunter.

Kawan aku la yang perkenalkan Forum ITTUTOR ni kat aku..jadi...aku dah jadi kemaruk.. balik je keje....mandi..terus keluar rumah balik ( rumah sewa )... semata-mata nak membaca setiap 
posting terkini yang ada kat ITTUTOR.. baca pengalaman mereka yang dah ada rank ni...kira banyak la ilmu yang dapat.

Tapi sekadar membaca dan cuba fahamkan.. nak buat praktikal..memang tak de hardware..

Tu la rutin harian aku.. kalau balik keje pkl 6 petang...lepas maghrib...aku dah standby ke cybercafe... so.biasa ambik 2 jam minima...kadang-kadang lajak sampai 3 jam setiap hari.

Berkobar-kobar la masa tu pikir cara macam mana nak berjaya...

Pada tahun 1997-2000 adalah tahun MCSE masuk ke Malaysia.. tapi tak banyak lagi la academy yang tawarkan kursus profesional macam ni.

Hasil kepakaran di Cybercafa..aku dah pandai la guna Netscape  untuk cari maklumat .. so..dapat la aku maklumat terpenting...ada satu provider yang menawarkan kursus MCSE,MCDBA buat julung kali...first batch.

Aku gigih untuk contact akademi yang baru dibuka tu..

Di ringkaskan cerita.. tempat training pun belum ada...jadi apa yang mereka buat adalah menyewa satu bilik di pejabat MCA Johor Bahru untuk dijadikan tempat latihan...komputer disediakan - tapi kena kongsi.. 

Harga kursus adalah RM 18k.. dan akan dapat buku MCSE dan rakan2 dia tu la.. fuh..berderau beb.

Gaji pokok RM 700..sehabt mana pun aku pulun Overtime.. aku hanya mampu mengerah kudrat utk mendapatkan RM 1250 secara purata bersih.. Tapi bekerja 12 jam la.

Aku ambik risalah dan borang..bawak balik rumah

Puas aku renung dan tenung.. Bukan Kaleng-kaleng.

Tempoh kursus adalah selama 4 bulan..kelas di waktu malam..seminggu 2 kali.. Kelas start pkl 7.30 pm - 10 malam

Mana aku nak cekau RM 18k.... selama seminggu juga la selera makan tu berkurangan..otak memikirkan cara untuk aku ambik kursus ni..

Tapi masa tu tak ramai yang tau pasal MCSE kat Malaysia ni...sebab masa tahun tu..Novell lebih popular..tapi tu la...sama ada nak kena belajar di KL atau SG..tu je tempat yang menawarkan kursus macam tu dengan harga 2 kali kapak

Dalam pikiran sentiasa terbayang set buku tebal yang ditunjukkan masa aku pergi tanya.. ( masa tu MCSE NT4 ).

Ok...aku tak boleh terus menerus keje membanting tulang macam ni.. so...jalan keluar kena ada.

Tapi aku tak boleh lambat..kelas akan bermula 3 minggu lagi..aku kena register juga.

Dan mgkin ada rezeki...Masa tu la Bank Rakyat ada buat tawaran untuk pinjaman peribadi untuk sambung pendidikan...
Maksudnya..pihak training provider hanya perlu keluarkan surat tawaran untuk menawarkan kursus ni dengan lengkap

Harga kursus..dan jadual kursus. Dan Pembayaran akan dibuat terus ke pihak training provider..Mungkin nak elakkan aku salah guna
duit..dapat duit..MCSE hilang dalam pandangan..

Ok..aku kumpulkan slip gaji selama 6 bulan walaupun bank mintak 4 bulan...tapi nasib baik la aku ambik OT dalam masa 6 bulan yang lepas...nampak la "4 angka" gaji tu.
komitmen hutang lain memang tak de.

So..alhamdulillah...loan lulus...satu berita baik..aku memang GUMBIRA yang amat sangat...hepi...cuma aku kena lalebih rajin..

Tapi bila pinjaman tanpa cagaran ni..interest mahal giler la...time tu juga ekonomi gawat.. berbelas percent juga interest..tapi aku ambik juga..sebab aku nak tau apa
yang akan diajar dalam buku tebal tu.

so..dalam masa tempoh pengajian...kurang la tido...aku akan study isi kandungan buku tu sentiasa...kamus dah jadi rakan baik....bukan aku paham sangat omputeh.. 

Ditakdirkan ...selesai je kelas...pihak latihan dah mula edarkan tarikh utk exam... tapi kalau gagal...kena repeat dan bayar sendiri..jadi aku tak boleh sia-siakan macam tu saja..

Oleh kerana pihak penyedia latihan nak bina track record...mereka pun tak lepas tangan macam tu je...so...bilik latihan training tu..mereka lanjutkan tempoh sewaan untuk sebulan..jadi..student boleh datang bila-bila masa untuk buat hands-on.

Benda yang buat aku pening adalah pengiraan subnetting..dan SQL.. jadi...aku ambik cuti tanpa gaji selama 4 hari...dicampurkan dengan offday...ada la 6 hari...jadi selama 6 hari tu..aku dah berkampung dalam "LAB" dari 10 am sampai 10 pam..kebetulan ada beberapa orang dalam LAB tu..jadi masing-masing bertukar-tukar pendapat..teknik nak cepat faham..

Dan bila keputusan exam keluar...alhamdulillah...aku passed.

Bila dah lulus..aku tak toleh kebelakang..terus aku mencari kerja kat surat-surat khabar...dan dengan adanya MCSE tertulis dalam CV..aku telah dilamar untuk bekerja di salah sebuah syarikat Telecommunication di Malaysia..tapi kebetulan tengah nak buka cawangan di JB.. apa lagi..apply jela..

Masa Interview...sangat simple...kat depan mata aku ada CPU yang komponen terbarai...Printer yang terbarai ..kabel network..crimping tool dan Hub ..( masa tu switch kecik memang tak de ).

aku diberi masa 3 jam utk jadikan semua tu berfungsi. 

Dengan kemahiran dan pengalaman dalam LAB 12 jam x 6 hari...tu tak jadi masalah besar.. 

Akhirnya aku ditawarkan kerja dengan gaji pokok RM 2300.. satu pencapaian terindah dalam hidup...selama hampir 6 bulan bertungkus lumus..dari gaji RM 700..mendapat gaji RM 2300 adalah satu perkara yang aku tak impikan..dapat title Engineer tu yang tak boleh tahan tu.

Dengan lebihan rezeki tu..dapat la aku lunaskan hutag Bank Rakyat dengan lebih cepat.

YAKIN, USAHA..PERCATURAN REZEKI dari ALLAH.

Kisah 2.( Bro Rizal ITTUTOR membantu )
*******************************************

Benda ni berlaku pada sekitar tahun 2003- 2005 ..Tak berapa ingat.. Tapi masa tu Yahoo mesengger dah jadi salah satu medium perbualan..MIRC dah mula pupus sedikit demi sedikit..ramai dah beralih arah ke YM.

Aku rajin la juga melobi freelance job.. Dan salah satu job yang aku dapat secara mengejut tanpa perancangan...dapat panggilan tel dari konsultan utk satu job urgent di Brunei.. panggilan tel terima dalam pkl 3 petang...aku kena bagi jawapan segera aritu juga...Terima atau Tak...

aku mintak tempoh 1 jam utk berfikir.. jika aku terima....esok juga aku kena pergi ke Brunei..

ada data center kat Brunei yang menghadapi masalah backup..dan software yang digunakan adalah HP Backup and Restore Enterprise.

Disebabkan  tawaran adalah lumayan..aku terima tanpa berfikir panjang... setelah bagi butiran aku.....tak sampai setengah jam...aku dah dapat email.. butiran penerbangan dari senai ke KL..dan dari KL ke Miri Sarawak ..dan upfront RM 1000 dan dimasukkan dalam akaun bank...percaturan yang hebat dari ejen..nampak terdesak sangat ni.

Esoknya aku jumpa agen di Airport ( first time jumpa ) dan dia pun rupanya akan menemani aku kat sana.

Dari Miri.. aku menaiki van ke Brunei...ambik masa sejam lebih sikit.

Dalam kepala aku memang tak tenang sangat..sebab ni first time aku dengan backup solution dari HP..

Sampai Hotel di Brunei...aku ambik keputusan nak tido awal pkl 11 malam..
Esok pagi lepas sarapan..terus dibawa ke data center tersebut.. maklumat yang aku dapat memang tak banyak.

Pertama sebab agent tu pun tak bagi banyak info
Kedua . aku dapat detect dia pun bukan orang technical...tapi marketing...
Ketiga... Yang ni aku akan cerita nanti..ni la orang cakap..jangan percaya agent bulat bulat.

Bila sampai di data center pada hari Isnin...aku lihat ada 3 orang cina duduk mengadap komputer...aku pulak berlenggang la..
nak bawak laptop..memang aku tak mampu nak beli..harga laptop masa tu pun cecah 4-5 ribu sebijk.

Kemudian salah seorang tu pun mula menerangi apa aku kena buat..

Dammmmm.. NI adalah data center kerajaan yang sedang live..cuma mereka tambah backup software kat database server ( new project ).
Dalam ertikata lain..aku tak boleh main-main..tak boleh suka-suka reboot server..

Masalahnya : Sistem boleh backup dengan success,,,bila restore..pun success tanpa error.tapi data yang restore tu tak kelihatan...

Pada esk hari ( selasa ) merupakan public holiday keputeraan Sultan Brunei..so..Datacente akan tutup...tak boleh buat kerja ..

Ni yang aku cakap no 3.. agent merahsiakan masalah sebenar.

Dan terkahir dikongsikan pada aku...mereka dah kesuntukan masa...pada hari Jumaat ..mereka perlu perform UAT pada waktu pagi..dan pada waktu petang akan officially handover pada pihak berkenaan untuk close project ni.

Lagi aku terkedu..aku dah jadi kambing hitam... rupanya mereka dah panggil beberapa freelancer untuk settlekan masalah tapi gagal..

sebb tu mereka mula outsource agen dari Malaysia..

Memang aku tak tenang...

Apa yang aku boleh buat pagi tu adalah mintak sebijik komputer untuk aku gunakan ....kat situ ada la YM... penyelamat.

Masa tu aku berjaya berkomunikasi dengan bro Rizal ITTUTOR ...dia masa tu kerja dengan Nokia kat Timur Tengah..
Disebabkan darah Johor yang mengalir..aku beranikan juga diri untuk minta bantuan dan pandangan.

Walaupun tak pernah jumpa dan rank aku kecik diITTUTOR..sanggup juga la Bro Rizal ni melayan pertanyaan aku...Tapi dia berterus terang yang dia memang tak de pengalaman juga dalam maslaah macam ni.. Tetapi beberapa clue utk cari jalan penyelesaian telah dikongsikan.

Tapi dengan kekangan tak boleh reboot...tak boleh buat tu tak boleh buat ini...itu cabaran terbesar...

aku keep ber ym dengan bro rizal.. tapi aku dapat solution dan idea bila dia tulis

"memang susah kalau nak sambung kerja orang terdahulu..nak troublest..sebab kita tak tahu apa yang dia dah buat..( setting )..kalau buat dari scracth ..senang sikit"

YES..terus aku bersemangat....aku kena tunggu pkl 3 ptg untuk ambik peluang reboot server..

Masa jam pkl 2 ptg.. aku mula susun strategy.

1. aku perlu uninstall dan reboot...
2..selepas reboot,,,aku kena install semua apps..tapi dalam folder yang lain..dan aku kena reboot lagi selepas install
3..selepas reboot..aku akan buat setting dari A to Z...kemudian test.

so..masa aku tak banyak..sementara nak tunggu pkl 3 tu..aku bukak kembali installation guide...aku terus ambik beberapa point dan tulis dalam kertas.. aku cuba ringkaskan method sebaik mgkin..kalau bawak buku yang tebal tu..dah ambik masa nak selak sana sini..

Yang penting..aku kena dapatkan instalation dan activation key..

Tapi aku tak bagitau pun apa aku nak buat...aku hanya inform nak masuk dan buat testing restoration..dan juga reboot server..

Bila dapat je green light...aku pun masuk ke data center dengan 50-50..pertama aku kena pastikan tak de data yang keluar masuk,,aku tak nak ada data yang hilang..lama juga aku tenung  server tu..dan bila je aku tgk tak de data yang in dan out..aku terus stopkan database..terus aku uninstall software..

Lama juga nak uninstall..dah la first time...

aku ikut apa yang aku dah tulis...reboot pun punya la lembab...terlupa,,database server..

Bila dah install selesai,.aku terus reboot lagi sekali...sebb aku tak nak mereka dah naik dari rehat...tak dapat akses server,,,susah juga.
Activation tu buat selepas reboot kali kedua..

Bila selesai semua installation..aku terus setting ikut apa yang mereka dah draft dalam procedure...then aku try backup 1 folder yang ada 3 file..autoloader berfungsi dan mula buat backup..
Selepas 5 min...backup selesai..

Tapi aku tak de la nak gembira pun..sebb sebelum ni pun berjaya juga backup.

Then aku proceed utk restore kat tempat lain..success...tanpa error...tapi aku terperasan,,,ada satu lagi menu muncul untuk buat sekali lagi restore..aku teruskan...

dan akhirnya...folder yang aku restore tu dah wujud...

Tak puas hati..aku..buat restoration kat tempat tempat lain sebanyak beberapa kali...

dah kesemua folder dan file tu kelihatan..

Dan misi aku berjaya....Tapi aku tak inform pun diaorng dah berjaya..

ye la..ni hari pertama..tak kan aku nak kena balik pada esok hari...rugi...jadi ..aku berpura-pura la tak dapat lagi solution untuk extend percutian sehingga hari sabtu..hahaha

Berlakon la buka buku depan agent dalam bilik hotel...

aku hanya maklumkan pada diaorg pada petang khamis...dan tunjukkan result..hari rabu pun aku berlakon troublesht..sedangkan aku berym dengan kawan kawan.. tapi masa tu Bro Rizal offline. Tak sempat nak ucap TQ..

Bantuan Bro sangat-sangat saya hargai...

#jangankecamartikelsaya.




 



 

MCSE.png

  • Like 3
Link to post
Share on other sites


Memang berpeluh kalau kena situasi macam ni.. kadang2 clueless apa nak buat perkara yang simple pun jadi complex haha..

Nasib baik dah tak merokok dulu kalau kena masalah database memang berkepul2 asap stress keluar..

Alhamdulillah terimakasih terharu saya membacanya.. saya pun tak ingat pasal hal ni.. Seronok dengar dapat membantu kawan2..

 

 

  • Thanks 1
Link to post
Share on other sites
39 minutes ago, rizal said:


Memang berpeluh kalau kena situasi macam ni.. kadang2 clueless apa nak buat perkara yang simple pun jadi complex haha..

Nasib baik dah tak merokok dulu kalau kena masalah database memang berkepul2 asap stress keluar..

Alhamdulillah terimakasih terharu saya membacanya.. saya pun tak ingat pasal hal ni.. Seronok dengar dapat membantu kawan2..

 

 

dah lama sangat... btw.. yahoo mesengger wujud lagi ke tak ekk hhehe

 

  • Like 1
Link to post
Share on other sites
  • 2 months later...

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

×
×
  • Create New...