Jump to content

Leaderboard


Popular Content

Showing content with the highest reputation since 02/05/2020 in all areas

  1. 3 points
    Pada tahun 1995, aku memulakan kerjaya pertama yang rasmi sebagai budak kilang.. selepas abis ambik sijil kemahiran Mara.. Tapi bidang lain..bukan IT.. Kat rumah bujang memang tak de komputer...susah beb masa tu..lagi satu aku pun tak pernah pegang komputer sejak zaman sekolah.. Masa tahun tu..tumbuh macam cendawan Cybercafe sana sini...berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan internet dial up.. hahaha.. masa tu x wujud pun streamyx dan Unifi ni. Kalau dah masuk cybercafe...15 min - 30 min pertama tu adalah fasa kesabaran...sebab kadang-kadang asyik terputus...dial up ni ..seksa kalau nak buat sambungan..siap leh dengar cuping telinga bunyi dial up tu dari kat kaunter. Kawan aku la yang perkenalkan Forum ITTUTOR ni kat aku..jadi...aku dah jadi kemaruk.. balik je keje....mandi..terus keluar rumah balik ( rumah sewa )... semata-mata nak membaca setiap posting terkini yang ada kat ITTUTOR.. baca pengalaman mereka yang dah ada rank ni...kira banyak la ilmu yang dapat. Tapi sekadar membaca dan cuba fahamkan.. nak buat praktikal..memang tak de hardware.. Tu la rutin harian aku.. kalau balik keje pkl 6 petang...lepas maghrib...aku dah standby ke cybercafe... so.biasa ambik 2 jam minima...kadang-kadang lajak sampai 3 jam setiap hari. Berkobar-kobar la masa tu pikir cara macam mana nak berjaya... Pada tahun 1997-2000 adalah tahun MCSE masuk ke Malaysia.. tapi tak banyak lagi la academy yang tawarkan kursus profesional macam ni. Hasil kepakaran di Cybercafa..aku dah pandai la guna Netscape untuk cari maklumat .. so..dapat la aku maklumat terpenting...ada satu provider yang menawarkan kursus MCSE,MCDBA buat julung kali...first batch. Aku gigih untuk contact akademi yang baru dibuka tu.. Di ringkaskan cerita.. tempat training pun belum ada...jadi apa yang mereka buat adalah menyewa satu bilik di pejabat MCA Johor Bahru untuk dijadikan tempat latihan...komputer disediakan - tapi kena kongsi.. Harga kursus adalah RM 18k.. dan akan dapat buku MCSE dan rakan2 dia tu la.. fuh..berderau beb. Gaji pokok RM 700..sehabt mana pun aku pulun Overtime.. aku hanya mampu mengerah kudrat utk mendapatkan RM 1250 secara purata bersih.. Tapi bekerja 12 jam la. Aku ambik risalah dan borang..bawak balik rumah Puas aku renung dan tenung.. Bukan Kaleng-kaleng. Tempoh kursus adalah selama 4 bulan..kelas di waktu malam..seminggu 2 kali.. Kelas start pkl 7.30 pm - 10 malam Mana aku nak cekau RM 18k.... selama seminggu juga la selera makan tu berkurangan..otak memikirkan cara untuk aku ambik kursus ni.. Tapi masa tu tak ramai yang tau pasal MCSE kat Malaysia ni...sebab masa tahun tu..Novell lebih popular..tapi tu la...sama ada nak kena belajar di KL atau SG..tu je tempat yang menawarkan kursus macam tu dengan harga 2 kali kapak Dalam pikiran sentiasa terbayang set buku tebal yang ditunjukkan masa aku pergi tanya.. ( masa tu MCSE NT4 ). Ok...aku tak boleh terus menerus keje membanting tulang macam ni.. so...jalan keluar kena ada. Tapi aku tak boleh lambat..kelas akan bermula 3 minggu lagi..aku kena register juga. Dan mgkin ada rezeki...Masa tu la Bank Rakyat ada buat tawaran untuk pinjaman peribadi untuk sambung pendidikan... Maksudnya..pihak training provider hanya perlu keluarkan surat tawaran untuk menawarkan kursus ni dengan lengkap Harga kursus..dan jadual kursus. Dan Pembayaran akan dibuat terus ke pihak training provider..Mungkin nak elakkan aku salah guna duit..dapat duit..MCSE hilang dalam pandangan.. Ok..aku kumpulkan slip gaji selama 6 bulan walaupun bank mintak 4 bulan...tapi nasib baik la aku ambik OT dalam masa 6 bulan yang lepas...nampak la "4 angka" gaji tu. komitmen hutang lain memang tak de. So..alhamdulillah...loan lulus...satu berita baik..aku memang GUMBIRA yang amat sangat...hepi...cuma aku kena lalebih rajin.. Tapi bila pinjaman tanpa cagaran ni..interest mahal giler la...time tu juga ekonomi gawat.. berbelas percent juga interest..tapi aku ambik juga..sebab aku nak tau apa yang akan diajar dalam buku tebal tu. so..dalam masa tempoh pengajian...kurang la tido...aku akan study isi kandungan buku tu sentiasa...kamus dah jadi rakan baik....bukan aku paham sangat omputeh.. Ditakdirkan ...selesai je kelas...pihak latihan dah mula edarkan tarikh utk exam... tapi kalau gagal...kena repeat dan bayar sendiri..jadi aku tak boleh sia-siakan macam tu saja.. Oleh kerana pihak penyedia latihan nak bina track record...mereka pun tak lepas tangan macam tu je...so...bilik latihan training tu..mereka lanjutkan tempoh sewaan untuk sebulan..jadi..student boleh datang bila-bila masa untuk buat hands-on. Benda yang buat aku pening adalah pengiraan subnetting..dan SQL.. jadi...aku ambik cuti tanpa gaji selama 4 hari...dicampurkan dengan offday...ada la 6 hari...jadi selama 6 hari tu..aku dah berkampung dalam "LAB" dari 10 am sampai 10 pam..kebetulan ada beberapa orang dalam LAB tu..jadi masing-masing bertukar-tukar pendapat..teknik nak cepat faham.. Dan bila keputusan exam keluar...alhamdulillah...aku passed. Bila dah lulus..aku tak toleh kebelakang..terus aku mencari kerja kat surat-surat khabar...dan dengan adanya MCSE tertulis dalam CV..aku telah dilamar untuk bekerja di salah sebuah syarikat Telecommunication di Malaysia..tapi kebetulan tengah nak buka cawangan di JB.. apa lagi..apply jela.. Masa Interview...sangat simple...kat depan mata aku ada CPU yang komponen terbarai...Printer yang terbarai ..kabel network..crimping tool dan Hub ..( masa tu switch kecik memang tak de ). aku diberi masa 3 jam utk jadikan semua tu berfungsi. Dengan kemahiran dan pengalaman dalam LAB 12 jam x 6 hari...tu tak jadi masalah besar.. Akhirnya aku ditawarkan kerja dengan gaji pokok RM 2300.. satu pencapaian terindah dalam hidup...selama hampir 6 bulan bertungkus lumus..dari gaji RM 700..mendapat gaji RM 2300 adalah satu perkara yang aku tak impikan..dapat title Engineer tu yang tak boleh tahan tu. Dengan lebihan rezeki tu..dapat la aku lunaskan hutag Bank Rakyat dengan lebih cepat. YAKIN, USAHA..PERCATURAN REZEKI dari ALLAH. Kisah 2.( Bro Rizal ITTUTOR membantu ) ******************************************* Benda ni berlaku pada sekitar tahun 2003- 2005 ..Tak berapa ingat.. Tapi masa tu Yahoo mesengger dah jadi salah satu medium perbualan..MIRC dah mula pupus sedikit demi sedikit..ramai dah beralih arah ke YM. Aku rajin la juga melobi freelance job.. Dan salah satu job yang aku dapat secara mengejut tanpa perancangan...dapat panggilan tel dari konsultan utk satu job urgent di Brunei.. panggilan tel terima dalam pkl 3 petang...aku kena bagi jawapan segera aritu juga...Terima atau Tak... aku mintak tempoh 1 jam utk berfikir.. jika aku terima....esok juga aku kena pergi ke Brunei.. ada data center kat Brunei yang menghadapi masalah backup..dan software yang digunakan adalah HP Backup and Restore Enterprise. Disebabkan tawaran adalah lumayan..aku terima tanpa berfikir panjang... setelah bagi butiran aku.....tak sampai setengah jam...aku dah dapat email.. butiran penerbangan dari senai ke KL..dan dari KL ke Miri Sarawak ..dan upfront RM 1000 dan dimasukkan dalam akaun bank...percaturan yang hebat dari ejen..nampak terdesak sangat ni. Esoknya aku jumpa agen di Airport ( first time jumpa ) dan dia pun rupanya akan menemani aku kat sana. Dari Miri.. aku menaiki van ke Brunei...ambik masa sejam lebih sikit. Dalam kepala aku memang tak tenang sangat..sebab ni first time aku dengan backup solution dari HP.. Sampai Hotel di Brunei...aku ambik keputusan nak tido awal pkl 11 malam.. Esok pagi lepas sarapan..terus dibawa ke data center tersebut.. maklumat yang aku dapat memang tak banyak. Pertama sebab agent tu pun tak bagi banyak info Kedua . aku dapat detect dia pun bukan orang technical...tapi marketing... Ketiga... Yang ni aku akan cerita nanti..ni la orang cakap..jangan percaya agent bulat bulat. Bila sampai di data center pada hari Isnin...aku lihat ada 3 orang cina duduk mengadap komputer...aku pulak berlenggang la.. nak bawak laptop..memang aku tak mampu nak beli..harga laptop masa tu pun cecah 4-5 ribu sebijk. Kemudian salah seorang tu pun mula menerangi apa aku kena buat.. Dammmmm.. NI adalah data center kerajaan yang sedang live..cuma mereka tambah backup software kat database server ( new project ). Dalam ertikata lain..aku tak boleh main-main..tak boleh suka-suka reboot server.. Masalahnya : Sistem boleh backup dengan success,,,bila restore..pun success tanpa error.tapi data yang restore tu tak kelihatan... Pada esk hari ( selasa ) merupakan public holiday keputeraan Sultan Brunei..so..Datacente akan tutup...tak boleh buat kerja .. Ni yang aku cakap no 3.. agent merahsiakan masalah sebenar. Dan terkahir dikongsikan pada aku...mereka dah kesuntukan masa...pada hari Jumaat ..mereka perlu perform UAT pada waktu pagi..dan pada waktu petang akan officially handover pada pihak berkenaan untuk close project ni. Lagi aku terkedu..aku dah jadi kambing hitam... rupanya mereka dah panggil beberapa freelancer untuk settlekan masalah tapi gagal.. sebb tu mereka mula outsource agen dari Malaysia.. Memang aku tak tenang... Apa yang aku boleh buat pagi tu adalah mintak sebijik komputer untuk aku gunakan ....kat situ ada la YM... penyelamat. Masa tu aku berjaya berkomunikasi dengan bro Rizal ITTUTOR ...dia masa tu kerja dengan Nokia kat Timur Tengah.. Disebabkan darah Johor yang mengalir..aku beranikan juga diri untuk minta bantuan dan pandangan. Walaupun tak pernah jumpa dan rank aku kecik diITTUTOR..sanggup juga la Bro Rizal ni melayan pertanyaan aku...Tapi dia berterus terang yang dia memang tak de pengalaman juga dalam maslaah macam ni.. Tetapi beberapa clue utk cari jalan penyelesaian telah dikongsikan. Tapi dengan kekangan tak boleh reboot...tak boleh buat tu tak boleh buat ini...itu cabaran terbesar... aku keep ber ym dengan bro rizal.. tapi aku dapat solution dan idea bila dia tulis "memang susah kalau nak sambung kerja orang terdahulu..nak troublest..sebab kita tak tahu apa yang dia dah buat..( setting )..kalau buat dari scracth ..senang sikit" YES..terus aku bersemangat....aku kena tunggu pkl 3 ptg untuk ambik peluang reboot server.. Masa jam pkl 2 ptg.. aku mula susun strategy. 1. aku perlu uninstall dan reboot... 2..selepas reboot,,,aku kena install semua apps..tapi dalam folder yang lain..dan aku kena reboot lagi selepas install 3..selepas reboot..aku akan buat setting dari A to Z...kemudian test. so..masa aku tak banyak..sementara nak tunggu pkl 3 tu..aku bukak kembali installation guide...aku terus ambik beberapa point dan tulis dalam kertas.. aku cuba ringkaskan method sebaik mgkin..kalau bawak buku yang tebal tu..dah ambik masa nak selak sana sini.. Yang penting..aku kena dapatkan instalation dan activation key.. Tapi aku tak bagitau pun apa aku nak buat...aku hanya inform nak masuk dan buat testing restoration..dan juga reboot server.. Bila dapat je green light...aku pun masuk ke data center dengan 50-50..pertama aku kena pastikan tak de data yang keluar masuk,,aku tak nak ada data yang hilang..lama juga aku tenung server tu..dan bila je aku tgk tak de data yang in dan out..aku terus stopkan database..terus aku uninstall software.. Lama juga nak uninstall..dah la first time... aku ikut apa yang aku dah tulis...reboot pun punya la lembab...terlupa,,database server.. Bila dah install selesai,.aku terus reboot lagi sekali...sebb aku tak nak mereka dah naik dari rehat...tak dapat akses server,,,susah juga. Activation tu buat selepas reboot kali kedua.. Bila selesai semua installation..aku terus setting ikut apa yang mereka dah draft dalam procedure...then aku try backup 1 folder yang ada 3 file..autoloader berfungsi dan mula buat backup.. Selepas 5 min...backup selesai.. Tapi aku tak de la nak gembira pun..sebb sebelum ni pun berjaya juga backup. Then aku proceed utk restore kat tempat lain..success...tanpa error...tapi aku terperasan,,,ada satu lagi menu muncul untuk buat sekali lagi restore..aku teruskan... dan akhirnya...folder yang aku restore tu dah wujud... Tak puas hati..aku..buat restoration kat tempat tempat lain sebanyak beberapa kali... dah kesemua folder dan file tu kelihatan.. Dan misi aku berjaya....Tapi aku tak inform pun diaorng dah berjaya.. ye la..ni hari pertama..tak kan aku nak kena balik pada esok hari...rugi...jadi ..aku berpura-pura la tak dapat lagi solution untuk extend percutian sehingga hari sabtu..hahaha Berlakon la buka buku depan agent dalam bilik hotel... aku hanya maklumkan pada diaorg pada petang khamis...dan tunjukkan result..hari rabu pun aku berlakon troublesht..sedangkan aku berym dengan kawan kawan.. tapi masa tu Bro Rizal offline. Tak sempat nak ucap TQ.. Bantuan Bro sangat-sangat saya hargai... #jangankecamartikelsaya.
  2. 3 points
  3. 3 points
    Ku seru semua sahabat-sahabat dalam gambar ini, muncul lah...
  4. 2 points
    Ok, sebab kita dah pergi kelaut eh Cloud kita tgk security control on cloud la yek..
  5. 2 points
    wow dah up balik, satu perkembangan yang menarik
  6. 2 points
    Aku tak pasti sama ada posting ni sesuai atau tidak dikongsikan di forum ini. Tapi secara jujurnya, aku sangat kembali teruja apabila forum ITTUTOR ni kembali "go-live" setelah berehat begitu lama. ITTUTOR adalah perpustakaan maya IT yang banyak mengajar aku mengenai dunia IT...sehingga aku menyemai semangat utk mempelajari dunia IT. Sekian lama, kita hanya dapat melihat graduan dari bidang Engineering mendapat peluang untuk menaikkan kredibiliti mereka secara rasmi dengan mendapatkan title Ir ( Professional Engineer ). Namun bagi bidang IT, tiada pengiktirafan sedemikian rupa. Tapi sekarang korang mempunyai peluang. MBOT membuka peluang bagi korang untuk apply TS atau TC. Apa lagi..peluang masih terbuka https://www.mbot.org.my/registration/professional-technologists/
  7. 2 points
  8. 2 points
    Otak dah beku nak buat programming dalam usia jaga-jaga ni. Anak belajar Python, bapak dah jadi python.makan tido makan tido dah.
  9. 2 points
    Sebagai seorang engineer yang akaun selalu tak balance dah banyak percubaan saya buat guna app untuk sync update perbelanjaan. Dua apps yang saya suka 1) YNAB 2) Wallet by Budgebakers Kelebihan wallet ni dia boleh sync auto dengan 2 bank yang saya guna 1) SABB (HSBC) 2) Maybank So zaman yang makin cashless ni.. semua perbelanjaan main swipe je.. dia akan keep track keluar masuk duit (Maybank akan sync-read-only tiap hari) dan SABB (manual sync sebab perlu PIN code) So dalam perbelanjaan harian kita cuma perlu re-categorize spending yang dia buat (jika perlu) dan update cash transactions je..
  10. 1 point
    Nie bug kat fence_scsi package.. Kene update ke version latest.. Nanti ok..
  11. 1 point
    Siapa yang dapat panggilan intv untuk bulan March...semoga berjaya
  12. 1 point
    Terjumpa di archive.org [tulisan saya masa di Ittutor.net & Rangkaian.net] System Engineer : Tips and Trick Written by rizal Monday, 20 June 2005 Jom kita share sama2 pengalaman dan tips untuk memperbaiki dan belajar bagaimana nak jadi seorang sistem engineer yang lebih baik. Saya dah jadi NMS Engineer,Network Analyst,Network Specialist dan apa2lah depa nak panggil tapi secara basicnya saya rasa tetap digelar System Engineer. Kerja system engineer selalunya tak fokus ke sesuatu cabang IT. Selalunya kena tau bit here and there. Kena tau OS UNIX,Windows sebagainya dan kena tau juga part networking , kadang2 kena tau bab eletrikal jugak. Kadang2 kena tau basic programming dan scripting. Sebab selalunya macam kerja saya deliver total solution kita kena siapkan A to Z.Saya dulu agak beruntung jugak sebab kerja pertama saya memang betul2 multivendor+multisystem punya environment. Deliver network management solution untuk telco company so dari pasang kabel,multiplexer,Xterminal, UNIX server, router, install software, OS,patch isk semua buat sendiri lah. Tapi yang best masa tu sebab saya dapat boss yang very understanding dan yakin pada anak buah walaupun majoriti team saya adalah fresh graduate kita orang berjaya deploy sebuah solution yang agak besar. His famous word kalau saya tatau buat.. "Arghh belasah jek dulu". Dia suruh cuba dulu. Dari situ banyak yang saya belajar dari kesalahan dan kelemahan saya dan cuba memperbaiki kekurangan. Selama 8 tahun kerja ni jugak saya dah berkerja dengan berbagai jenis engineer dari luar negara, CCIEs, mat salleh ada, india mari ada local pun sure ada. So dari pemerhatian, saya cuba dapatkan skill yang mereka ada .. cara mereka berkerja... cara troubleshoot.. etc. In short, saya ringkaskan mereka semua taklah hebat mana. But one thing yang membezakan ke"terer" an mereka adalah satu benda. SISTEMATIK. That's the keyword. Mostly yang saya lihat apa yang paling penting dalam kerjaya ini adalah sistematik. Kena buat kerja ikut step yang betul. Kena ada dokumentasi yang baik. Kena pantas berpikir mencari jalan keluar kalau ada problem. Tak semestinya kita kena tahu semua benda. Almost impossible nak pakar dalam semua bidang.. Dalam part ni kita kena perlu ada dokumentasi yang baik dan ada skill untuk mendapatkan maklumat dengan cepat bila diperlukan. Kebanyakan rakan2 saya yang "expert" ni mereka memang mantain a huge collection of docs dalam laptop disusun dengan sistem direktori yang kemas dan mudah dicari. Kebanyakannya PDF yang di download dari internet. Kedua kena cekap guna search engine. Cari solution dengan pantas guna the right keyword. Macam kerja saya di IBM dan Nokia memang ada intranet punya DB untuk koleksi problem dan FAQ. Cara lain cari guna google.. cari kat mailing list etc.. Saya selalu dokumenkan masalah yang telah disolvekan .. walaupun kadang2 kita yakin boleh ingat.. bila tiba masanya especially dalam keadaan kritikal memang cepat lupa..So pastikan anda sendiri ada sistem dokumentasi masalah sendiri maybe boleh buat pakai EXCEL or spreadsheet. Ketiga saya rasa kena guna konsep yang betul dalam troubleshooting. Macam Cisco depa ada outline konsep asas troubleshooting model yang saya rasa agak generik boleh digunakan apabila kita troubleshoot problem. Secara ringkasnya model ini menjelaskan step by step cara untuk troubleshoot sesuatu masalah. Yang penting jangan PANIK dan don't jump to conclusion.. Rujuk http://www.cisco.com/univercd/cc/td/doc/ci...g_v1/tr1901.htm QUOTE General Problem-Solving Model The following steps detail the problem-solving process outlined in Figure 1-1: Step 1 When analyzing a network problem, make a clear problem statement. You should define the problem in terms of a set of symptoms and potential causes. To properly analyze the problem, identify the general symptoms and then ascertain what kinds of problems (causes) could result in these symptoms. For example, hosts might not be responding to service requests from clients (a symptom). Possible causes might include a misconfigured host, bad interface cards, or missing router configuration commands. Step 2 Gather the facts that you need to help isolate possible causes. Ask questions of affected users, network administrators, managers, and other key people. Collect information from sources such as network management systems, protocol analyzer traces, output from router diagnostic commands, or software release notes. Step 3 Consider possible problems based on the facts that you gathered. Using the facts, you can eliminate some of the potential problems from your list. Depending on the data, for example, you might be able to eliminate hardware as a problem so that you can focus on software problems. At every opportunity, try to narrow the number of potential problems so that you can create an efficient plan of action. Step 4 Create an action plan based on the remaining potential problems. Begin with the most likely problem, and devise a plan in which only one variable is manipulated. Changing only one variable at a time enables you to reproduce a given solution to a specific problem. If you alter more than one variable simultaneously, you might solve the problem, but identifying the specific change that eliminated the symptom becomes far more difficult and will not help you solve the same problem if it occurs in the future. Step 5 Implement the action plan, performing each step carefully while testing to see whether the symptom disappears. Step 6 Whenever you change a variable, be sure to gather results. Generally, you should use the same method of gathering facts that you used in Step 2 (that is, working with the key people affected, in conjunction with utilizing your diagnostic tools). Step 7 Analyze the results to determine whether the problem has been resolved. If it has, then the process is complete. Step 8 If the problem has not been resolved, you must create an action plan based on the next most likely problem in your list. Return to Step 4, change one variable at a time, and repeat the process until the problem is solved. Buku Laura Chappell Troubleshooting Campus Network adalah satu rujukan baik untuk orang network. Sambungan kisah lama actually reminder untuk diri saya ORGANIZED Penting jadi system engineer ni untuk jadi well-organized supaya masalah dapat diselesaikan dengan cepat. Macam kerja saya selama jadi Tech Support Engineer atau Care Services Engineer ni kalau berlaku masalah perlu diselesaikan dengan pantas. So kita kenalah pantas mencari solution- kena faham komponen software dan hardware yang kita jaga. Macam saya ni the components in short consists of :- Hardware : Cisco , HP Unix server dan Nokia proprietary network element Software : Cisco-IOS, Oracle , Nokia proprietary software dan Oracle. (ouch! I need to be certified in all these!) Jadi kenalah tahu where to find info untuk semua tu. Mungkin dari dokumentasi laman web vendor itu sendiri, dari forum , dari newsgroup dan saya kerja dalam organisasi saya sendiri pun ada forum internal dan juga problem database. Masa saya keja IBM dulu .. fuhh intranet dia lagi besar problem database yang dia orang ada. Banyak valuable info yang kita tak dapat dari internet ada di sini. Kena cekap guna search engine , saya kumpul gigabytes of pdf documents untuk rujukan (tak baca semua pun) . Kena juga kenal engineers dari vendor tersebut.. so kena buat baik la sket kan dengan orang
  13. 1 point
    dari semua calon yang intv..hanya sorang saja yang boleh menjawab soalan berkaitan AKTA MBOT.. take note..penting..
  14. 1 point
    Ok..login dalam dashboard,,,terus apply Professional Technologists.. tapi process ambik masa lama sikit.. bila dah apply..tgg dapat email dari MBOT utk buat payment dan dipanggil interview..dalam masa 5-8 bulan dari tarikh pembayaran.. Ambik bidang TB...tak kenal pulak panel dari bidang tu..:)
  15. 1 point
    dah lama sangat... btw.. yahoo mesengger wujud lagi ke tak ekk hhehe
  16. 1 point
    Memang berpeluh kalau kena situasi macam ni.. kadang2 clueless apa nak buat perkara yang simple pun jadi complex haha.. Nasib baik dah tak merokok dulu kalau kena masalah database memang berkepul2 asap stress keluar.. Alhamdulillah terimakasih terharu saya membacanya.. saya pun tak ingat pasal hal ni.. Seronok dengar dapat membantu kawan2..
  17. 1 point
    CCNP, MCSE,MCITPE,ITIL ,CISSP dan PMP dah expired. Duit dah x de nak renew semua tu. Angan-angan nak ambik CCIE dan RHCE hanya tinggal kenangan..
  18. 1 point
    https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=411980 😄😄😄😄😄
  19. 1 point
  20. 1 point
    setakat ni..Python antara yang terbaik utk build telegram bot
  21. 1 point
    mantop cissp. aku sume dah expired. tinggal cert kehadiran je.
  22. 1 point
    build from scratch bang.. guna python plugin python telegram bot api.. kalau ada lagi bagus, sila tunjuk ajar
  23. 1 point
    aku rasa bertuah dpt tgk gambar @Gunx berambut. rasa dirahmati tuhan sungguh
  24. 1 point
  25. 1 point
    Baru je jumpa najmi di KL ni. Alhamdulillah..
  26. 1 point
    Mustakim Dulu abg rizal ada belanja asam pedas di batu pahat. Tahun 2003/2004 kalau tak silap 2009 cikgu di Simpang Renggam/Jb 2017 - sekarang di Jpn Johor.
  27. 1 point
    oho masih suka pegang cash bau duit hehehe
  28. 1 point
    Rumah kat Pulau Indah Servis kat Plaza Azalea, Seksyen 14 Shah Alam Saya juga buat servis rumah ke rumah 🙂
  29. 1 point
    Peh canggih.. ada banyak guna lain rupanya 😅 Baru baca tutorial ni https://blog.forma-pro.com/setup-telegram-bot-local-workspace-in-minutes-38a62edc8421
  30. 1 point
    IT masih di hati, tapi kerjaya sudah bertukar 1. Datacenter Operation Brickfield (tempat server ittutor seliaan Ihsan) 2. Building Maintenance (TMHQ) 3. IFES Operation (bantu aiza deploy hardware) 4. Massage Therapist @ jomSihat Holistic Acupressure di bawah seliaan nunjimmimya Niaga ( #jomSihatAcu ) 5. Freelance IT (CCTV / Fizikal Networking) Sekarang tengah usik-usik sang ular sawa (Python) bilamana ada masa terluang Moga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera
  31. 1 point
    Masa zaman ITTutor.net gilang gemilang makan gaji dengan orang, lepas tu masa ITTutor.net dipenghujung hayat, menggajikan diri sendiri. Sekarang ITTutor.net telah di resuscitate, kerja bagi gaji pada orang.
  32. 1 point
    CCNA dah tak valid, malas nak pursue path network. yg hidup lagi mcse aje lagi & itil.
  33. 1 point
    ada CISSP.. fee dah naik. Baru search kat youtube apa bendac TOGAF ni 😁
  34. 1 point
    ada gambar lama gathering tak ? up la satu ..
  35. 1 point
    ok la bro Rizal banyak jugak progressnya. Saya masih kerja di Lembah Klang, masih dalam bidang application support, masih duduk di Shah Alam, isteri masih satu, anak je dah bertambah jadi 3, insya Allah bulan 4 ni anak bertambah jadi 4. yang ada banyak progress cuma pertambahan berat badan. dari under weight sekarang dah nak masuk sempadan over weight.
  36. 1 point
    sumber mapping-of-security-controls-terminology-between-on-prem-and-public-cloud
  37. 1 point
    Alhamdulillah terima kasih atas sokongan semua.. Masih banyak nak dikemaskini lagi ni.. saya akan UP sikit-sikit.. Terperanjat sekejap nampak avatar Dato' K tadi hahaha @nixk Yang pakar2 graphic tu nak sumbang apa2 logo etc di alu2kan..
  38. 1 point
    Hello World.. Is this thing On?


×
×
  • Create New...